Tuesday, July 28, 2009

Afrika pelajari cara Malaysia tangani rasuah

KAMPALA 27 Julai - Malaysia berkongsi pengalamannya menangani rasuah termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan negara-negara Afrika dalam Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) yang berlangsung di Munyonyo di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman itu disampaikannya menerusi salah satu sesi dialog bersama ketua-ketua kerajaan yang menyertai Global 2009 hari ini.

"Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesuatu yang jijik. Ini kita bincang secara terbuka," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Dengar tapi jangan ikut kami. Rakyat jijik merasuah tapi kebanyakan pemimpin suka dengan rasuah. BN/UMNO yang memerintah sejak merdeka telah merosakkan negara kami dengan budaya rasuah dan penyelewengan. Yang selalu kena ialah bilis bukan jerung.

No comments: