SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.
Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.
Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
"Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. – Bernama
Ulasan: Masa bukan Melayu tawar menawar (bargain) dengan BN/UMNO meminta perkara kontrak sosial yang sudah di putuskan oleh generasi sebelum kita. Tidak pelik kalau segala-galanya di berikan oleh Najib seperti dituntut. Satu demi satu hak kita di gadaikan semasa UMNO memerintah. Dapatkah kita percaya lagi kepada pemimpin yang tidak benar kepada penduduk majoriti negara ini?
No comments:
Post a Comment