Thursday, July 09, 2009

AWAS, Komputer Riba Bahaya Untuk Lelaki!

Di zaman IT ini laptop @ komputer bimbit @ komputer riba @ notebook telah menjadi alat yang begitu penting sama ada untuk kegunaan di pejabat kerajaan mahupun swasta, pusat perniagaan dan untuk keperluan peribadi. 

Tapi tahukah anda, terutama untuk kaum lelaki, laptop juga boleh mempengaruhi tahap kesuburan reproduks anda, bahkan boleh menyebabkan mandul?

Suzanne Kavic, seorang pakar reproduksi dari Loyola University Health System mencatatkan di dalam ScienceDaily.com, bahawa panas yang dihasilkan dari sebuah laptop boleh mengganggu pengeluaran dan pengembangan sperma si-lelaki, sehingga mengakibatkan kesulitan dalam proses penghamilan pasangannya. Hal ini terjadi kerana kepanasan dari haba laptop akan merosak sperma, mengurangi jumlahnya dan juga membuat sperma menjadi lambat bergerak.

Mengapa kesan panas yang ada pada laptop boleh mempengaruhi alat reproduksi lelaki? Jawapannya ialah kebiasaan seseorang yang menggunakan laptop yang gemar meletakkan laptop di atas ribanya, apalagi jika ia diletakkan tepat di atas alat vital lelaki yang sangat sensitif itu!

Meletakkan laptop atas riba (alah, namapun komputer riba, kan) memang terasa lebih santai, diikuti sedikit rasa hangat dan nyaman kepada mereka yang gemar meletakkan laptop dalam posisi itu... Tapi ternyata, kebiasaan ini membahayakan kerana ia boleh menyebabkan kemandulan kepada lelaki yang gemar penggunaan laptop dalam posisi itu!

Jadi, di mana laptop harus diletakkan bagi mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kepada penggunanya?

Sebaiknya ketika menggunakan laptop, letakkan saja laptop tersebut di atas meja, ia adalah kaedah penggunaan yang terbaik. Sekiranya tidak ada meja, letakkan laptop itu bukan di atas riba, tapi di depan atau di samping kita. Tapi jika anda lebih selesa memangku laptop atas ribaan, alaskan riba dengan bantal yang sesuai bagi mengelakkan aliran letrik laptop tidak mengalir terus ke alat vital anda!

Sumber:  http://terleraikataterungkapbicara.blogspot.com/2009/07/awas-laptop-bahaya-untuk-lelaki.html oleh pendikar gunung kriang 

No comments: