Wednesday, July 08, 2009

Isu kubur Cina: Tiada ahli Umno keluar parti

Jul 8, 09 http://www.malaysiakini.com/news/108094

Umno bahagian Jasin menafikan 80 ahli cawangan Kampung Pondok Kempas keluar parti kerana membantah projek pembinaan kubur Cina seluas 80 ekar di kampung itu.

Setiausaha Umno bahagian, Ghazali Muhamad berkata, mereka tidak keluar parti tetapi mengugut berbuat demikian supaya kerajaan negeri memenuhi tuntutan mereka dengan membatalkan projek pembinaan kubur berkenaan.

“Tetapi kerajaan negeri telah membuat keputusan projek itu diteruskan kerana tanah itu milik individu dan status tanah ialah geran besar iaitu boleh digunakan untuk apa sahaja projek termasuk pembinaan kubur Cina.

“Syarikat pemaju membiayai sepenuhnya projek pembinaan tersebut untuk penduduk Cina daerah itu dan difahamkan juga dari seluruh Melaka.

“Ia adalah tanah perkuburan tunggal untuk kaum Cina di Jasin,” katanya ketika diminta mengulas laporan 80 ahli Umno cawangan Kampung Pondok Kempas keluar parti kerana tidak puas hati dengan projek pembinaan tanah perkuburan Cina itu…

Ulasan: Memang tanah itu milik individu tetapi kerajaan berkuasa menghalang sekiranya rakyat memprotes atau membantah secara benar. Bukanlah milik individu bermakna boleh digunakan untuk apa sahaja. Tetapi mestilah dengan persetujuan kerajaan negeri. Bila kerajaan BN/UMNO tak berbuat apa-apa, apa tunggu lagi? Tinggalkan UMNO yang penakut mempertahankan cita rasa Melayu kecuali masih sanggup berjiran kubur Cina Jasin.

No comments: