Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai.
"Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan.
Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berceramah di Sungai Peria malam tadi.
Turut hadir berceramah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.
Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.
Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Muhyiddin yang juga presiden Umno petang semalam.
Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.
Mengulas lanjut isu tersebut, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab rakyat Kelantan perlu mengundi BN kerana di bawah pemerintahan PAS juga, kerajaan pusat membuat pembangunan di negeri itu.
"Dalam keadaan Kelantan di bawah PAS pun, kerajaan pusat dah buat pembangunan banyak. Tak ada sebab pun kita undi Umno sebab rakyat undi PAS dari tahun 1990 sampai hari ini, kerajaan pusat juga buat pembangunannya.
"Rumah dia buat, sekolah dia buat, universiti dia buat. Perlu apa orang PAS nak undi Umno. Undi PAS pun (kerajaan) pusat buat juga.
"Dia buat melalui orang lain, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). (Sebab) dia nak makan, bukan minum sambil menyelam, dia nak makan sambil menyelam," katanya yang juga mursyidul am PAS.
http://www.malaysiakini.com/news/108358
Ulasan: Pilihlah calon yang baik akhlak dari parti berakhlak.
No comments:
Post a Comment