SHAH ALAM 16 Julai - Polis sehingga malam ini mengklasifikasikan kematian Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui di atas koridor di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini petang ini sebagai kematian mengejut (SDR).
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan empat pakar patologi daripada tiga buah hospital untuk mengetahui punca kematian.
Katanya, empat pakar itu iaitu dua pakar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), seorang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang lagi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi kerana siasatan akan dijalankan secara adil dan menyeluruh…
Ulasan: Rakyat tahu bahawa pihak polis dan pakar patologi adalah profesional. Jangan rosakkan imej yang ada di hati rakyat. Kita harap siasatan itu akan dijalankan seperti di janjikan polis iaitu secara adil dan menyeluruh. Kalau tidak, segala yang berlaku akan mencepatkan jatuhnya BN dari singgahsana kuasa negara ini.
No comments:
Post a Comment