Monday, July 13, 2009

TPM: Undi BN, Manek Urai dapat jambatan baru

Jul 12, 09: Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN. 

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad…
http://www.malaysiakini.com/news/108328

Ulasan: Jelas bahawa BN/UMNO menggunakan taktik lamanya iaitu dengan merasuah pengundi untuk menarik undi dengan menawarkan projek pembangunan (jambatan) Manek Urai. Tetapi kerajaan BN/UMNO selama ini menggunakan duit negara untuk pembangunan negara bukan duit BN/UMNO. Pembangunan negara adalah tugas kerajaan persekutuan yang di pilih dalam pilihan raya umum. Sewajarnya projek pembangunan adalah hak rakyat bukan hadiah dari mana-mana kerajaan. Rakyat boleh menghentikan keghairahan BN/UMNO merasuah pengundi dengan projek pembangunan dengan cara mengundi parti selain daripada BN dalam setiap pilihan raya. Kita boleh menghentikannya.

No comments: