PUTRAJAYA 2 Julai - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengadakan majlis bacaan Yasin dan ceramah agama di Sri Satria di sini.
Kira-kira 250 jemputan hadir mendengar ceramah agama bertajuk Anak Itu Amanah yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Dr. Fatma El-Zahra.
Para jemputan terdiri daripada wakil-wakil Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Pelitawanis, Puspanita dan Yayasan AIDS Malaysia.
Rosmah berkata, ceramah agama tersebut adalah lanjutan daripada program Permata Negara untuk golongan ibu bagi memudahkan mereka memahami pentingnya anak- anak dianggap sebagai amanah…
Ulasan: Masalah bermula bila anak sudah pandai keluar rumah dan kerajaan yang ada tidak bersungguh-sungguh menutup lorong ke arah maksiat. Bolehkah ketam (pemimpin/wakil rakyat) menyuruh anaknya (rakyat) berjalan betul?
No comments:
Post a Comment