Monday, July 27, 2009

Ambil iktibar tindakan Subramaniam

KAMPALA 26 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta MIC dan juga parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya mengambil iktibar daripada keputusan bekas Naib Presiden MIC, Datuk S.S. Subramaniam dan pemimpin lain menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan, walaupun Subramaniam sebelum ini 'tidak ada lagi dalam gelanggang utama MIC' namun parti itu dan parti komponen BN yang lain perlu mengambil pengajaran dan melakukan kajian mengenai punca tindakan mereka.

"Itu (menyertai PKR) satu keputusan yang dia buat sendiri, saya sudah lama tak jumpa Subra kerana dia sudah lama menghilangkan diri, tiada lagi dalam gelanggang utama MIC.

"Saya hendak ambil pendekatan berbeza, bukannya hendak kata 'tak apalah benda itu berlaku'. Kita harus ambil iktibar, belajar daripada apa yang berlaku ini dan mengkaji mengenai penghijrahan beberapa orang BN ke PKR sama ada ia perkara biasa atau perkembangan tidak sihat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Subramaniam, 72, menyertai PKR semalam. Bekas Naib Presiden MIC itu mendakwa 12 cawangan parti itu di Petaling Jaya akan dibubarkan dengan ahli-ahlinya bakal menjejaki langkahnya.

Ditanya bagaimana BN melihat senario keluar parti di kalangan pemimpin parti selepas tindakan Subramaniam dan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng minggu lalu, Muhyiddin berkata, parti-parti komponen BN khususnya MIC dalam kes Subramaniam, juga perlu menilai sama ada perkembangan itu memberi kesan jangka pendek atau panjang…

Ulasan: Kalau tak mahu rasuah menjadi budaya dalam negara, masuklah ke Pakatan Rakyat.

No comments: