Jul 22, 09 Wanita MCA menggesa kerajaan supaya membenarkan anak yang sedang dikandung oleh tunang Teoh Beng Hock, didaftarkan dengan nama Teoh sebagai bapanya, bila dilahirkan kelak.
Peraturan sekarang mewajibkan kehadiran bapa kandung untuk pendaftaran kelahiran apabila seseorang anak dilahirkan.
Jika tidak, sijil kelahiran anak tersebut akan hanya mengandungi maklumat mengenai ibunya sahaja.
"Dengan mengambil kira persekitaran kematian Teoh dan demi peri kemanusiaan, Wanita MCA menggesa menteri dalam negeri supaya membenarkan anak yang bakal dilahirkan itu, didaftarkan dengan nama bapanya," kata Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Mayat Teoh yang juga setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui tengahari Khamis lalu, selepas disoal siasata oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di negeri itu.
Dalam kenyataan hari ini, Chew berkata, Jabatan Pendaftaran Negara harus mendaftar kelahiran anak Teoh dengan menamakan Teoh sebagai bapanya… http://www.malaysiakini.com/news/109055
Ulasan: Tunang maknanya belum bernikah lagi. Tunang hanya janji akan bernikah pada tarikh yang tertentu. Belum nikah sudah ada bayi? Sejak bila pula budaya dan undang-undang Malaysia merestui anak haram (iaitu di lahirkan tanpa ikatan nikah yang sah)?
No comments:
Post a Comment