Friday, July 10, 2009

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'

Muda Mohd Noor, Jul 10, 09.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia", Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.
http://www.malaysiakini.com/news/108208

Ulasan: Pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib menjadi seolah-olah kepemimpinan Malaysia adalah pembahagian harta pusaka atau pembahagian harta rampasan perang. Sejak bila pula Malaysia ini hak BN/UMNO? Dan sejak bila BN/UMNO mengisytiharkan berperang dengan Pakatan Rakyat? Mula tahun ini, kalau rakyat mengundi selain dari BN dalam semua pilihan raya, BN/UMNO akan kalah dan bertukar sifat menjadi orang baik sikit. Undi di tangan rakyat. Pilih: kerajaan yang cekap menipu atau yang tidak pandai menipu.

No comments: