Friday, July 31, 2009

Dadah RM20j: Datuk antara direman

Pegawai dan anggota polis menyusun kira-kira sejuta biji dadah jenis eramin 5 bernilai RM20 juta dan wang tunai yang dirampas semasa sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.Penyeludupan masuk kira-kira sejuta pil eramin 5 melalui pusat kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah gudang di negeri itu, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya.Persoalannya, bagaimana dadah bernilai RM20 juta itu berjaya melepasi kawalan ketat keselamatan di lapangan terbang berkenaan?Siasatan polis tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan ‘orang dalam' yang bersekongkol sehingga dadah itu melepasi kawalan keselamatan begitu sahaja.Dalam serbuan itu, polis turut menahan 11 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

&

PULAU PINANG 29 Julai - Tujuh lelaki termasuk seorang bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM10 juta awal pagi semalam.

Kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 12.45 pagi bersama dadah jenis ekstasi dan eramin 5 yang disembunyikan dalam kotak di sebuah gudang di Sungai Dua di sini. 

Rampasan dadah itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan di Pulau Pinang…

Ulasan: Biasanya towkey terlepas dari kena hukum bila rasuah membelit negara.
Siapa yang sebenarnya jadi lembu? Pemberi rasuah atau pemakan rasuah. Duit yang kita dapat sebagai rasuah adalah terlalu sedikit berbanding dengan pendapatan perasuah.

No comments: