Wednesday, July 08, 2009

Barat jangan campur tangan

TEHERAN 7 Julai - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam memberi amaran kepada pemimpin Barat agar tidak campur tangan dalam urusan negara ini ketika Paris menyatakan bahawa seorang ahli akademik warga Perancis telah ditahan atas dakwaan pengintipan.

Sementara itu, Britain menjelaskan bahawa seorang lagi kakitangan kedutaannya masih ditahan atas tuduhan mencetuskan ketegangan.

Khamenei mengakui wujud 'perbezaan' antara rakyat berikutan pilihan raya Presiden yang memihak kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada bulan lalu, namun mengingatkan Barat agar tidak mengeksploitasi krisis di Iran itu, yang disifatkan yang terburuk sejak revolusi pada 1979.

"Iran memberi amaran kepada pemimpin negara-negara tersebut (Barat) yang cuba mengambil kesempatan. Ingatlah! Iran akan bertindak balas," tegas beliau dalam satu ucapan yang disiarkan melalui televisyen.

Berdepan dengan kebimbangan global mengenai pilihan raya pada 12 Jun lalu dan tindakan terhadap pihak pembangkang, pemimpin Iran bangkit dengan menuduh Britain dan Amerika Syarikat (AS) cuba mengeksploitasi tunjuk perasaan untuk menggoyahkan negara ini…

Ulasan: Banyak masalah dunia berlaku bila kuasa besar Barat campur tangan di negara lain untuk menjajahsemula secara halus. Memang semua tahu hal ini.  

No comments: