Thursday, July 16, 2009

RASUAH: KDN beri amaran tegas

PUTRAJAYA 15 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyenarai hitam dan menarik balik kelulusan permohonan kerakyatan, permit masuk serta sijil kelahiran pemohon yang didapati mengamalkan rasuah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak mahu usaha murni KDN menyegerakan kelulusan setiap permohonan itu diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, ia juga sejajar dengan matlamat KDN sendiri yang tidak mahu isu itu memberi kesan negatif kepada pembangunan bangsa serta negara.

''Kalau kita kenal pasti mereka (pemohon) telah merasuah pegawai saya dan ejen-ejen tertentu, permohonan yang telah diluluskan akan ditarik balik manakala nama mereka akan disenaraihitamkan…

Ulasan: Pemberi rasuah boleh dihukum. Betul ke? Bagaimana pula penerima rasuah? Banyak masalah di negara membangun ialah bila orang politik dan kakitangan kerajaan makan rasuah. Apa yang rakyat boleh harap lagi dari ahli-ahli politik dari parti yang di cemari budaya rasuah?

No comments: