Monday, July 27, 2009

Inkues, suruhanjaya diraja langkah terbaik

KUALA LUMPUR 26 Julai - Penubuhan sebuah suruhanjaya diraja dan inkues bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock disifatkan sebagai langkah terbaik bagi menyelesaikan kes tersebut.

Kewujudan dua badan tersebut dalam menjalankan siasatan serentak tidak membawa kepada pertindihan bidang kuasa masing-masing.

Profesor tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang berkata, penubuhan inkues mempunyai fokus yang berbeza jika dibandingkan dengan skop siasatan suruhanjaya diraja.

"Inkues yang dikendalikan majistret terletak di bawah Kanun Acara Jenayah (CPC) untuk meneliti sebab dan isu yang berkaitan kematian Beng Hock.

"Sedangkan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan terikat di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang fokus memperlihat keberkesanan perjalanan prosedur sedia pakai Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya…

Ulasan: Semua ok bila dilakukan dengan ketelusan, kebebasan dan keadilan. Tapi sesetengah pihak mempunyai sejarah hitamnya sendiri menyebabkan sebahagian rakyat tidak yakin.

No comments: