SHARM EL SHEIKH 16 Julai - Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) perlu lebih fokus dan terarah dalam segala tindakannya supaya dunia melihat ia satu gerakan yang masih relevan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu yang terlalu banyak sudah pasti menyukarkan pergerakan itu memberi tumpuan dan memperlihatkan keberhasilan.
''Kita berharap NAM lebih terarah dan fokus dan kenal pasti isu-isu yang perlu diberi perhatian," katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di Crowne Plaza Sharm El Sheikh Resort di sini…
Ulasan: Begitulah UMNO juga perlu kembali kepada prinsip asal untuk membela agama Islam dan membela nasib bangsa Melayu. Bukan bersungguh-sungguh menjadi ahli UMNO untuk memperkayakan diri sendiri dengan membolot harta negara melalui usaha yang tidak sah.
No comments:
Post a Comment