Monday, July 06, 2009

Kes cerai pasangan Islam meningkat

JOHOR BAHRU 5 Julai - Sebanyak 2,329 kes penceraian membabitkan pasangan Islam dilaporkan berlaku tahun lalu manakala 585 kes pula melibatkan pasangan bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, jumlah bagi kes penceraian pasangan Islam didapati meningkat sebanyak 398 kes berbanding 1,931 kes pada tahun 2007.

Sementara itu, berlaku penurunan sebanyak 14 kes jika dibandingkan dengan kes yang berlaku pada tahun 2007 iaitu 599 bagi pasangan bukan Islam.

"Bagi tahun ini, sehingga Mei lalu, sebanyak 1,069 kes penceraian dicatatkan dengan 988 daripadanya adalah membabitkan pasangan Islam.

"Antara punca berlakunya penceraian tersebut ialah masalah orang ketiga, campur tangan pihak lain seperti ibu bapa dan mertua, masalah kesihatan dan keganasan domestik," katanya di sini baru-baru ini…

Ulasan: Bila hendak bernikah, cara paling selamat ialah mencari pasangan yang kukuh pegangan agamanya. Bernikah bukan perkara main-main. Layakkah pasangan kita tanpa pegangan agama yang mantap untuk menjadi ibu atau ayah kepada anak kita, atau menjadi nenek atau datuk kepada cucu kita? Fikir istana hati.

1 comment:

Sang Pecinta said...

Cerai sbb isteri sayang and ada scandal kat facebook