KUALA LUMPUR 7 Julai – Adakah mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar menggunakan bahasa Melayu?
Jawapan persoalan yang ditunggu-tunggu itu akan terjawab esok apabila keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diumumkan esok.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman itu selepas membentangkan laporan hasil kajian PPSMI dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya.
Beliau juga akan mengemukakan cadangan yang menjadi kata putus tentang masa depan PPSMI - sama ada diteruskan atau dimansuhkan sama sekali.
Satu sidang media akan diadakan bagi mengumumkan keputusan Jemaah Menteri itu di Kementerian Pelajaran pukul 2.30 petang…
Ulasan: Enam tahun PPSMI di laksanakan oleh kerajaan BN tanpa restu majoriti guru, pakar bahasa dan juga majoriti rakyat. Tidak pelik BN akan meneruskan PPSMI saja per se atau di ubahsuai dengan syarat-syarat tertentu, kerana selama ini bukan tiada pihak yang menentang dan membangkang. Juga tidak pelik PPSMI dimansuhkan untuk menarik undi rakyat setelah kalah besar dalam PRU ke 12. Apa yang boleh di harap lagi dari BN? Rosak Bahasa Melayu bila UMNO memerintah lagi.
No comments:
Post a Comment