Thursday, July 23, 2009

SURUHANJAYA DIRAJA - BUKAN INKUES !!!

Rakyat menuntut Suruhanjaya Di-Raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh Beng Hock di mana ia termasuk menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh dan semua perkara yang boleh menentukan punca kematian beliau. Tiba-tiba mereka hanya buat inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh.

Jika Suruhanjaya Di-Raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh, ia mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang Majistret.

.........adakah kita akan sekali lagi diperbodohkan oleh UMNO seperti mana UMNO memperbodohkan rakyat dengan PPSMI dahulu? Lu fikirlah sendiri.

http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/07/suruhanjaya-diraja-bukan-inkues.html

No comments: