Monday, July 13, 2009

ASM: Jangan jual kuota bumi

KUALA LUMPUR 12 Julai - Permodalan Nasional Berhad (PNB) didesak supaya tidak mengambil jalan singkat menjual unit Amanah Saham Malaysia (ASM) kuota bumiputera yang masih gagal dilanggani kepada pelabur bukan bumiputera.

Tindakan itu bukan hanya tidak membantu penyertaan bumiputera dalam industri unit amanah saham tetapi bakal meluaskan lagi jurang pemilikan ekuiti kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Sebaliknya, PNB disaran lebih kreatif termasuk menggunakan pengaruh 'paksaan' bagi menarik penyertaan bumiputera melanggan unit-unit yang ditawarkan.

Pakar ekonomi, Dr. Hamzaid Yahya mempersoalkan tindakan PNB itu sambil mendakwa tindakan itu sudah menyimpang daripada matlamat asal penubuhan firma pelaburan terkemuka itu.

Menurut beliau, PNB ditubuhkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan tujuan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dan meskipun DEB sudah tiada tetapi rohnya masih kuat khususnya bagi kaum Melayu.

''Cadangan PNB ini bukan sahaja tidak membantu tetapi melebarkan lagi jurang pemilikan ekuiti kaum Melayu dengan kaum-kaum lain.

''Saya tidak nampak PNB akan mengalami kerugian sekiranya kuota ASM untuk bumiputera masih gagal dihabiskan.

''Dan, situasi ini juga menunjukkan PNB masih belum cukup berjaya untuk menarik penyertaan kaum bumiputera melabur,'' katanya kepada Utusan Malaysia…

Ulasan: Sayangnya, zaman ini zaman Najib zaman menjual kuota bumi...

No comments: