KUALA KRAI 12 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru warga pendidik supaya berjihad membangunkan anak bangsa termasuk berusaha membuka minda mereka dan masyarakat.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, salah satu cabaran paling besar untuk membangunkan masyarakat adalah pembangunan minda agar tidak tertutup dan terkongkong bagi melakukan perubahan yang baik.
"Guru sebagai ejen perubahan dan pembaharuan ada satu tanggungjawab yang besar untuk membuka minda pelajar dan tidak kurang pentingnya adalah membuka minda ibu bapa mereka.
"Buka minda ibu bapa mereka, supaya jangan terkongkong dengan emosi dan terpedaya dengan kempen-kempen dakyah politik yang tidak menguntungkan negeri dan negara," katanya.
Beliau menyatakan demikian sewaktu merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan kali ke-38 di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.
Ulasan: Selamat membuka minda dan memerdekakan negara dari pemikiran lapuk BN/UMNO yang telah terlalu lama menjajah Malaysia.
No comments:
Post a Comment