KUALA LUMPUR 1 Mac – Tentera Darat (TD) telah mengenalpasti 30 kem lama miliknya untuk dirobohkan bagi membina kem baru dalam program pembangunan tentera (army care).
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin (gambar) berkata, TD yakin melalui insentif dan program pembangunan itu berupaya meningkatkan kualiti hidup seterusnya meningkatkan moral warganya.
“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memberi sokongan untuk TD melaksanakan program sebegini.
“Sekarang, dua kem telah dirobohkan dan sedang dibina melalui program itu iaitu 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Bentong dan 12 RAMD di Kuantan, Pahang. TD akan mengambil masa antara tiga ke lima tahun untuk menyiapkan keseluruhan program ini secara berperingkat,” katanya…
Ulasan: Berita yang baik untuk kroni BN/UMNO tapi berita yang sedih untuk rakyat. Kalau tak di kawal, berkilo wang rakyat di sapu oleh pemimpin BN/UMNO dan kroninya. Antara cara untuk menjimatkan kos pembinaan sila ikut prosedur JKR, gunakan tender terbuka, ikut nasihat juruukur bahan JKR, lakukan exercise Pengurusan Nilai untuk setiap projek.
No comments:
Post a Comment