Thursday, March 04, 2010

Jika trend ahli Parlimen keluar parti pembangkang berterusan

Jika trend ahli Parlimen keluar parti pembangkang berterusan - Abdullah
PUTRAJAYA 3 Mac - Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) boleh mengembalikan majoriti dua pertiga yang terlepas pada 2008 jika trend keluar parti untuk menjadi wakil Bebas oleh Ahli Parlimen pembangkang berterusan dalam waktu terdekat.

''Kalau berlaku lagi, ada kemungkinan (BN) boleh dapat (kembali) majoriti dua pertiga itu," kata bekas Perdana Menteri kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Restoran Putra Palace di LG5, Kompleks Lanai, Persiaran Seri Perdana, Persint 10 di sini…

Ulasan: Bukan senang nak jadi pembangkang melawan BN/UMNO. Antaranya menjadi tiba-tiba miskin berbanding dulu, di kejar bank atau PSRM. Biarlah rakyat melihat bukan semua layak menjadi pembela mereka. 

No comments: