Thursday, March 04, 2010

23 qari, qariah dapat imbuhan

PUTRAJAYA 3 Mac - Seramai 23 qari dan qariah yang pernah menjadi johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa hari ini menerima imbuhan khas tetap sepanjang hayat RM2,000 setiap bulan berkuat kuasa Oktober lepas.

Kesemua mereka menerima insentif itu daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada satu majlis di Bangunan Perdana Putra di sini…

Ulasan: Eloklah terima saja imbuhan itu TETAPI jangan sampai melepaskan prinsip hidup dengan menyokong BN/UMNO. Kerana Quran mengajar supaya menegakkan keadilan dan jangan sekali cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka (La Tarkanu Ilallazi Na Zolamu Fatamassakumunnar!). Ini hanyalah satu dari agenda BN/UMNO sekarang untuk memikat rakyat supaya BN/UMNO kekal memerintah.  Cukuplah menipu rakyat.

No comments: