Thursday, March 04, 2010

Mohsin pula keluar PKR

Saya (Mohsin Fadzli Samsuri, Ahli Parlimen Bagan Serai) khuatir dengan politik PKR dan pakatan pembangkang khususnya di Perak yang menghalalkan pelbagai cara demi matlamat sempit, serangan tanpa batasan terhadap institusi raja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar bagi menyerang kedaulatan negara.

Ia sudah sampai ke tahap yang saya tidak lagi boleh bertolak ansur dan mendiamkan diri

Sedikit kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah 8 Mac 2008 bukan digunakan untuk memantapkan perjuangan umat, rakyat dan agama, sebaliknya menjadi medan politik 'ghonimah' (membahagikan harta rampasan perang)

Perebutan kuasa, jawatan, kedudukan dan habuan menjadi-jadi. Perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan budaya politik fitnah memfitnah semakin parah sehingga saya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang diamanahkan Allah

Ulasan: Eloklah keluar cepat sebelum merosakkan rakyat. Sebenarnya rakyat sedang menanti-nanti siapakah pemimpin yang sanggup bersama bersama-sama rakyat memperjuangkan ketelusan, keadilan dan kebebasan merata di negara kita.

No comments: