Wednesday, March 03, 2010

Pelajar tingkatan 3 dirogol 15 lelaki

IPOH 2 Mac – Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, kelmarin.

Mimpi ngeri remaja berusia 15 tahun itu dari Felda Trolak Utara, bermula apabila dia dipaksa mengikut seorang lelaki ketika sedang bersiar-siar bersama rakan di kawasan kampung pada pukul 6.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa kemudian dibawa ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah sebelum dirogol oleh lelaki terbabit dan empat lagi rakannya yang sudah menunggu di situ.

“Selepas itu, suspek meminta seorang rakannya menghantar mangsa balik ke rumah tetapi rakannya itu membawa remaja itu ke sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah sebelum dia sekali lagi dirogol bergilir-gilir oleh lebih kurang 10 lelaki yang berada di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini….

Ulasan: Wanita perlu pandai menjaga diri dan maruah. Sesuatu maksiat membawa kepada maksiat yang lebih besar. Elakkan keluar dengan orang yang bukan mahram.

No comments: