THE HAGUE 1 Mac. - Pemimpin Perang Serbia, Radovan Karadzic menamatkan pemulauan perbicaraan pembunuhan beramai-ramai yang diisytiharnya sendiri hari ini dan dengan angkuhnya mengumumkan bahawa konflik yang mengorbankan 100,000 adalah 'adil dan suci'.
Menujukan kepada Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia, Karadzic, 64, berkata, dia akan menggunakan perbicaraan ini untuk 'mempertahankan kehebatan' negara Serbia dan peranannya dalam perang Bosnia 1992-1995.
Dia didakwa sebagai 'komander tertinggi' dalam kempen pembersihan etnik Croatia dan penduduk Islam dalam perang Bosnia yang mengorbankan 100,000 orang serta menyebabkan 2.2 juta lagi terpaksa menjadi pelarian.
Karadzic dituduh bersekongkol dengan bekas pemimpin Yugoslavia, Slobodan Milosevic dalam komplot membina 'Greater Serbia' yang turut termasuk 60 peratus wilayah Bosnia. Serbia terdiri daripada kira-kira satu pertiga dari penduduk Bosnia.
Antara tuduhan lain ialah pembunuhan beramai-ramai Srebrenica 1995 ke atas lebih 7,000 lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki Islam yang ditangkap dan pengepungan selama 44 bulan ke atas ibu negeri Sarajevo yang berakhir pada November 1995 dan mengorbankan 10,000 orang.
Ditahan di dalam bas di Belgrade pada Julai 2008 selepas 13 tahun menyembunyikan diri, Karadzic berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. – AFP
Ulasan: Allah akan menghukum kita apabila kita meninggalkan kebenaran Islam. Cukuplah Perang Bosnia 1992-1995 menjadi iktibar.
No comments:
Post a Comment