Wednesday, March 03, 2010

Salah guna kuasa

KUCHING 2 Mac – Kuasa yang diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menamatkan kontrak syarikat yang melaksanakan projek di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan, boleh dianggap sebagai salah guna kuasa. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebarang kontrak tidak boleh ditamatkan melainkan kontraktor atau pemborong projek itu melanggar syarat-syarat utama tender kerana merupakan perjanjian antara pihak berkenaan dan kerajaan.

‘‘Kalau beliau (Guan Eng) gunakan kuasanya untuk menamatkan kontrak sewenang-wenangnya atau ikut suka hati beliau, itu boleh dianggap salah guna kuasa.

‘‘Sekiranya kerajaan negeri bertindak untuk menamatkan kontrak syarikat kontraktor tanpa sebarang sebab munasabah maka pihak berkenaan boleh menuntut ganti rugi daripada kerajaan kerana secara tidak langsung ia telah mengakibatkan kerugian kepada syarikat tersebut,” katanya 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Ke-12 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak di sini hari ini…

Ulasan: Kalau nanti tak puas hati dan rasa di zalimi PR, silalah bawa kes ke mahkamah. Kita kena berubah dari permainan BN/UMNO yang penuh dengan rasuah ke cara permainan PR yang setakat ini sifar rasuah. Berikan masa untuk PR menunjukkan keadilan dan ketelusannya. Kalau PR pun makan rasuah juga, kita pilih parti dalam PRU 13 nanti.

No comments: