PKR hilang kepercayaan
KUCHING 2 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pemimpinnya semakin hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR.
Menurut Perdana Menteri, keadaan itu merupakan asas yang menunjukkan keretakan dalam PKR bukan perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.
''Jadi, itu merupakan asas pokok untuk mereka membuat keputusan meninggalkan PKR," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini…
Ulasan: Akan tercapaikah hasrat Najib untuk melihat PKR merudum? Tapi yang keluar hanyalah pemimpin yang ada masalah di mana-mana bukan ahli biasa. Sesungguhnya bukan senang nak hidup sebagai pembangkang kepada BN/UMNO yang terlalu lama memegang kuasa negara. Dalam keadaan BN/UMNO masih sama macam dulu, kenapa pula ada orang menarik diri dari berjuang? Rakyat suka melihat BN/UMNO kalah jadi pembangkang dalam pilihan raya akan datang. Lawan tetap lawan.
No comments:
Post a Comment