Wednesday, March 03, 2010

Krisis Bank Century, kenapa kedudukan Naib Presiden tidak terjejas?

JAKARTA 2 Mac - Satu siasatan jawatankuasa Parlimen Indonesia mengenai tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century gagal mencapai keputusan sebulat suara hari ini, namun dua teknokrat utama dalam Kabinet dijangka mengekalkan jawatan masing-masing.

Kegagalan itu menunjukkan keretakan serius dalam kerajaan campuran pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berhubung program pembaharuan di negara ini.

Syor-syor jawatankuasa tersebut mendapat perhatian rapi daripada pelabur kerana boleh memberi kesan kepada dua teknokrat yang merupakan tokoh pembaharuan utama iaitu Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati dan Naib Presiden Boediono.

Selepas berbulan-bulan mengadakan sesi keterangan, jawatankuasa itu mengemukakan dua syor bercanggah, yang disambut dengan ejekan dan sorakan oleh ahli Parlimen…

Ulasan: Eloklah berhentikan mereka yang bersalah membelanjakan wang rakyat (= wang negara) tanpa izin. Lebih baik cari orang lain yang jujur sebagai ganti. Rakyat lebih suka dengan sepanduk besar yang digantung di pagar tertera ayat 'Tukar rejim, tukar sistem tanpa Mulyani & Boediono'. 

No comments: