PUTRAJAYA 3 Mac - Kerana terlalu meminati bahasa Melayu, seorang pelajar Armenia sanggup terbang ke Ukraine (Universiti Antarabangsa Kyir, Ukraine) untuk mendalami dan menguasai bahasa berkenaan.
Pomonar Karina, 21, (gambar) memberitahu Utusan Malaysia, ketiadaan institut pengajian dan pusat bahasa yang menawarkan kursus Bahasa Melayu di Yerevan menyebabkan tekadnya begitu membara untuk mendalami bahasa itu.
Gelagat Pomonar yang menyampaikan hujahnya pada Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2010 di sini hari ini berjaya mencuit hati hadirin…
Ulasan: Sedihnya kita pula dengan sendirinya menghapuskan bahasa kita sikit demi sedikit kerana cintakan sangat bahasa penjajah, bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment