Thursday, March 04, 2010

Kuasa kontrak PDC hina sistem demokrasi

KUALA LUMPUR 3 Mac - Kuasa menamatkan kontrak syarikat pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam projek di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) boleh dianggap sebagai permulaan sistem pemusatan kuasa.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd. Zaini Abu Bakar berkata, tindakan itu tidak selaras prinsip pengagihan kuasa dan amalan demokrasi di negara ini.

"Ia merupakan penghinaan terhadap sistem demokrasi apabila perkara ini berlaku. 

"Ini memberi pengertian bahawa kuasa seorang Ketua Menteri tidak mempunyai batasan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa sebarang kontrak syarikat tidak boleh ditamatkan melainkan kontraktor atau pemborong itu melanggar syarat-syarat utama tender kerana merupakan perjanjian antara pihak berkenaan dengan kerajaan…

Ulasan: Kenapa terlalu cepat menghukum tanpa berbincang dengan Ketua Menteri Pulau Pinang? Lagi pun kalau kontraktor rasa teraniaya boleh membawa perkara ke mahkamah seperti peruntukan dalam kontrak pembinaan. Di manakah sarjana-sarjana dan ilmuan kita sewaktu BN/UMNO membuat tindakan yang menghina sistem demokrasi: contoh rampas kuasa kerajaan PR Perak dsbnya. 

No comments: