Dubai mahu tahan PM Israel, Benjamin Netanyahu
DUBAI 3 Mac - Ketua polis Dubai merancang untuk mengusahakan penahanan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan ketua perisikan negara Yahudi itu kerana pembabitan mereka dalam pembunuhan seorang komander Hamas di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Televisyen Al-Jazeera memetik Dahi Khalfan Tamim sebagai berkata bahawa dia akan meminta pendakwa raya Dubai mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan ketua Mossad.
Dahi berkata dia 'hampir pasti' tentang penglibatan ejen perisikan Israel dalam pembunuhan Mahmoud al-Mabhuh di sebuah hotel di bandar raya ini pada Januari lalu dan mahu ketua Mossad, Meir Dagan, ditahan sekiranya didapati bersalah.
Dua hari lalu, Dahi menyatakan bahawa Mossad telah 'menghina' Dubai dan negara Barat dengan penggunaan pasport palsu oleh suspek dalam pembunuhan tersebut…
Ulasan: Hinanya menjadi pemimpin sebuah negara haram, Israel. Tindakannya dari dulu hanya menyusahkan negara jiran dan negara Barat sahabatnya yang lain.
No comments:
Post a Comment