Thursday, March 04, 2010

Pembekal jaket pengebom berani mati terbunuh

PESHAWAR 3 Mac - Tentera Pakistan hari ini berkata, pembekal jaket pengebom berani mati dan bahan letupan yang mengendalikan rangkaian utama di bandar ini terbunuh dalam pertempuran dengan tentera.

"Dua komander militan penting, Muhammad Tufail alias Abdullah dan Muhammad Iqbal telah dibunuh oleh tentera keselamatan dalam satu kejadian berbalas tembakan," menurut pengumuman tentera semalam di barat laut bandar Peshawar.

Pertempuran berlaku lewat Isnin lalu di pinggir bandar Peshawar, lapor jurucakap tentera kepada AFP.

Pakistan kini menerima tekanan dari Amerika Syarikat (AS) untuk menghapuskan rangkaian militan Taliban dan al-Qaeda yang memberi ancaman domestik dan menyeru rakyat Afghanistan menyerang tentera Barat.

Lebih 3,000 orang terbunuh dalam serangan berani mati di seluruh Pakistan sejak Julai 2007, kempen maut yang dilancarkan militan menentang perikatan kerajaan dengan AS. 

Ulasan: Dari hidup berputih mata melihat negara sendiri di permainkan oleh AS dan kuncu-kuncunya lebih baik berputih tulang mati syahid membela Islam di negara merdeka. Ya Allah kurniakan saudara-saudara sebagai syahid fi sabilillah.

No comments: