Thursday, March 04, 2010

Parlimen mahu Sri Mulyani, Boediono disiasat

JAKARTA 3 Mac - Parlimen Indonesia hari ini dilihat bersedia menyarankan supaya diadakan satu siasatan jenayah terhadap dua tokoh pembaharuan dalam kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berhubung peranan mereka dalam menyelamatkan Bank Century, demikian menurut kenyataan parti hari ini.

Keadaan bising dan kadangkala tidak teratur ketika perbahasan berlangsung di dewan Parlimen jelas kelihatan selepas siasatan berhubung tindakan menyelamat bank itu membabitkan dana setinggi AS$720 juta (RM2.43 bilion) menawarkan dua saranan bercanggah.

Satu daripadanya mendapati tindakan itu sah, manakala satu saranan lain mendesak Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati dan Naib Presiden, Boediono menjalani siasatan jenayah kerana membenarkan langkah menyelamat dilakukan pada penghujung 2008, ketika kemuncak krisis kewangan dunia berlaku…

Ulasan: Eloklah di siasat dan di hukum sekiranya bersalah.

No comments: