PETALING JAYA 28 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media yang mewakili suara kaum tertentu mengutamakan tanggungjawab sosial supaya proses pembangunan negara serta usaha mencapai gagasan 1Malaysia berjalan lancar.
Perdana Menteri berkata, tidak salah bagi media memperjuangkan tuntutan-tuntutan kaum yang diwakilinya, tetapi ia hendaklah dibuat dalam bentuk lebih berhemah dan tidak menjejaskan kepentingan kaum lain.
Beliau berkata, paling penting setiap perjuangan atas nama satu-satu kaum oleh pihak media akhirnya bertemu pada satu titik demi keharmonian, perpaduan dan kemakmuran negara.
"Sebagai contoh Utusan Malaysia dengan caranya sendiri, Sin Chew (Daily) dengan caranya sendiri dan begitu juga dengan akhbar-akhbar atau media yang lain.
"Masing-masing ada cara untuk memperjuangkan tuntutan rakyat khususnya yang melibatkan kepentingan kaum-kaum tertentu. Namun, yang menjadi pertimbangan akhirnya adalah kepentingan negara. Semangat ini yang kita mahukan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Kumpulan Media Sin Chew di sini hari ini…
Ulasan: Sudah 50 tahun lebih memerintah negara, tetapi akhbar hanya berjuang untuk kepentingan kaumnya sahaja. Sekarang sudah sampai masanya kita melihat dari luas iaitu bersatu untuk kebebasan dan keadilan rakyat. Kearah negara yang sifar rasuah dan telus.
No comments:
Post a Comment