Kes berprofil tinggi tidak diabaikan - SPRM
KOTA BHARU 28 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri tidak pernah mengabaikan mana-mana kes berprofil tinggi termasuk yang melibatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar).
Pengarah SPRM negeri, Mohd. Jaafar Hussen berkata, ini kerana kertas siasatan membabitkan menteri besar itu berjaya disiapkan dalam tempoh empat bulan berbanding tempoh siasatan yang ditetapkan dalam Akta SPRM 2009 iaitu enam bulan.
Bagaimanapun, katanya, tidak semua kes dapat disiapkan secepat mungkin kerana siasatan perlu dibuat mengikut prosedur dan banyak perkara perlu diteliti sebelum keputusan diambil.
"Kes membabitkan Menteri Besar Kelantan ini siap dalam tempoh empat bulan dan ini agak cepat. Kami siasat semua laporan yang diterima tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Kadang-kadang ada kes kena tunggu lama tapi itu bukannya masalah sebab tempoh enam bulan diberi untuk kita siasat malah ia boleh dilanjutkan jika perlu," katanya…
Ulasan: Selagi SPRM mempunyai PM sebagai bos , tidak mungkin SPRM akan menyiasat penyelewengan PM sendiri dan teman rapat PM, walaupun sekiranya ada laporan. Prinsip keadilan yang rakyat hendak lihat ialah sesiapa saja melakukan kesalahan wajar di siasat dan dibawa kemahkamah untuk perbicaraan yang adil.
No comments:
Post a Comment