Naib Presiden Pas YB Dato' Mahfuz Omar menyifatkan fenomena lompat parti yang berlaku mutakhir ini, terutama yang membabitkan beberapa pemimpin PKR adalah satu proses pembersihan golongan yang tidak jujur dalam perjuangan. Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan pimpinan Pas Kawasan Besut sempena kunjungannya ke Besut.
Menurutnya lagi,Pas juga pernah melalui proses yang sama sehinggakan pernah Presiden dan Naib Presiden Pas melompat menyertai UMNO suatu ketika dahulu. Beliau menyeru para ahli dan penyokong Pas agar tidak memperlekehkan PKR atas apa yang berlaku sebaliknya terus memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT bagi menghadapi PRU yang akan datang.
http://malaysiaberih.blogspot.com/2010/03/lompat-parti-proses-pembersihan-dalam.html
Ulasan: BN/UMNO masih seperti dulu, memegang kuasa mutlak negara. BN/UMNO masih seperti dulu iaitu tidak kisah berubah kepada kebaikan. Bila ada orang yang mulanya anti BN/UMNO atau yang keluar BN/UMNO tiba-tiba melompat semula balik ke pangkuan BN/UMNO. Perjuangan belum selesai untuk menjatuhkan BN/UMNO dari singgahsana kuasa yang telah menyebabkan BN/UMNO gila kuasa menggunakan jalan yang tidak sah untuk memperkayakan diri dan kroni. Soalan cepu emas: Siapa yang berubah? Sukarnya menjadi pejuang keadilan, kebenaran dan ketelusan. Prinsip yang wajar ada bagi pejuang?: Lawan tetap lawan. Biar putih tulang, jangan putih mata.
No comments:
Post a Comment