KUALA LUMPUR 1 Mac - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim membayangkan akan berlakunya penapisan internet, media dan komunikasi bagi membendung hakisan tamadun dan budaya tempatan.
Menurut beliau, seperti perniagaan dan penulisan yang mempunyai had dan peraturan tersendiri, internet juga tidak boleh dibiar sepenuhnya tanpa pemantauan dan kawalan.
"Seperti Facebook dan Twitter, kita tidak boleh terima bulat-bulat aplikasinya. Lihat bagaimana kanak-kanak boleh leka dengannya sehingga lupa membantu ibu bapa, mengaji (al-Quran) dan membaca buku.
"Tanpa kawalan, tanpa tanggungjawab di atas apa yang dilakukan dalam internet (menulis blog atau menonton pornografi), bagaimana kita mahu membina sebuah negara, sebuah tamadun yang murni," soalnya ketika ditemu ramah secara langsung melalui program Soal Jawab di TV3 malam ini.
Tegas beliau, dayus bagi rakyat negara ini jika mengatakan Internet itu bebas dan tidak boleh ada sekatan sedangkan pendedahan unsur lucah dan keganasan di kalangan generasi muda kini semakin teruk.
&
Rais: Penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia Ke Tahap Maksimum
Ketika dunia bercakap mengenai kepentingan maklumat menerusi internet, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pula mahu melaksanakan penguatkuasaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ke tahap maksimum.
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan latihan tertentu untuk menguatkuasakan undang-undang itu.
Rais berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan bual bicara “Soal Jawab” terbitan TV3 yang dipancar secara langsung, malam semalam.
Sekalipun berjanji, kononnya kerajaan tidak akan menyekat kebebasan maklumat internet, Rais memberi alasan penguatkuasaan sedemikian perlu kerana rakyat tidak boleh menerima informasi media baru secara bulat-bulat.
Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk melantik seorang pegawai khas dari Jabatan Peguam Negara untuk meneliti kemungkinan undang-undang sedia ada, diperketat.
Rais juga menganggap tindakan penguatkuasaan undang-undang pada tahap maksimum itu sebagai langkah penting bagi menyekat apa yang dilabelnya sebagai unsur negatif yang disebar menerusi internet.
Lantaran itu, beliau meminta setiap individu di negara ini supaya berhati-hati dalam penulisan di internet dan tidak mengugat keselamatan negara.
Beliau turut mendedahkan sebanyak 113 kes berkaitan akta itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan 12 daripadanya sedang diteliti bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
http://shamsuliskandar.wordpress.com/2010/03/02/rais-penguatkuasaan-akta-komunikasi-dan-multimedia-ke-tahap-maksimum/
Ulasan: Sudah bertahun kerajaan BN/UMNO berjanji hendak sekat halaman lucah di internet. Tapi tidak ada pelaksanaan. Mungkin BN/UMNO akan berjuang apabila BN/UMNO menjadi pembangkang di Parlimen nanti.
Negara maju tidak akan menyekat rakyat mengarang melalui internet untuk menyuarakan pendapat mengenai kerajaan yang telus, adil dan bebas rasuah. Tulisan yang elok-elok saja.
No comments:
Post a Comment