KUCHING 1 Feb. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) cawangan Sarawak menggesa kerajaan Persekutuan supaya menimbangkan semula dasar untuk menamatkan pelaksanaan sistem permit import (AP) kenderaan pada Disember 2015.
Pengerusinya, Datuk Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki berkata, pihaknya merayu kerajaan Persekutuan supaya menilai situasi usahawan automotif bumiputera di Sabah dan Sarawak terlebih dahulu yang masih ketinggalan berbanding Semenanjung pada masa ini.
Menurutnya, usahawan automotif di Sarawak terutamanya yang baru sahaja mengukuhkan perniagaan masing-masing dan cuba mencontohi rakan-rakan di Semenanjung yang berjaya meluaskan penglibatan perniagaan dari automotif ke industri lain seperti perhotelan atau hartanah.
Jelasnya, apabila kerajaan Persekutuan mengumumkan Dasar Automotif Nasional (DAN) yang menetapkan penamatan sistem AP pada 2015, Pekema Sarawak merasakan tugas mereka untuk berkembang ke industri lain menjadi lebih sulit tanpa AP…
Ulasan: Kalau betul begitu, dasar untuk menamatkan pelaksanaan sistem permit import (AP) kenderaan pada Disember 2015 kecuali di Sarawak. Cerita AP ini adalah cerita orang UMNO buat duit atas angin. Apa hebatnya? Betul? Kalau betul hendak belajar berniaga, cukuplah keistimewaan untuk beberapa tahun.
No comments:
Post a Comment