Wednesday, February 10, 2010

Keputusan mahkamah noktah krisis di Perak

PELABUHAN KLANG 9 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebagai noktah kepada krisis di negeri itu selama ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, justeru semua pihak termasuk pembangkang harus menerima keputusan berkenaan kerana ia dibuat melalui institusi undang-undang yang diguna pakai di negara ini.

"Saya harap rakyat dan pembangkang dapat menerima keputusan itu sebagai muktamad supaya Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry dapat menjalankan tugasnya dengan lebih fokus.

"Kita mahu lihat pentadbiran peringkat negeri berlangsung tanpa gangguan lagi," katanya pada sidang akhbar di perairan Pulau Pintu Gedung dekat sini hari ini...

Ulasan: Kisah terjadi 3 ADUN PR keluar parti mereka dan menyokong BN. Kemudian Najib buat persidangan akhbar. Kemudian pergi jumpa Raja Perak. Dan akhirnya, kuasa mahkamah rayuan memutuskan 5-0. Seronoknya BN/UMNO dapat mencabul demokrasi di negeri-negeri lain pula dengan restu mahkamah. Kita tunggu Pilihan RayaUmum ke 13...5 Hakim Mahkamah Rayuan vs Rakyat Hakim Negara.


No comments: