Wednesday, February 10, 2010

Pelawat ke Perancis dilarang pakai burqa

PARIS 8 Feb. - Rakyat asing yang mahu tinggal di Perancis perlu menandatangani satu kontrak yang mengakui pemakaian burqa adalah diharamkan sama sekali di negara itu, kata seorang menteri hari ini.

Menteri Keluarga, Nadine Morano berkata, klausa 'pengharaman burqa' dan satu peruntukan kedua yang menolak pencabulan hak ke atas wanita, harus ditambah kepada 'kontrak integrasi' yang perlu ditandatangani setiap pendatang baru sejak tahun 2007.

Kerajaan negara tersebut sedang menyusun draf perundangan untuk mengharamkan pemakaian purdah selepas satu laporan Parlimen bulan lalu mencadangkan pengharaman memakai burqa di sekolah, hospital, pejabat kerajaan dan pengangkutan awam.

Morano berkata, kontrak yang perlu ditandatangani pendatang baru itu kini hanya menyatakan perkahwinan paksa dan poligami tidak dibenarkan di Perancis kerana 'kesamaan hak antara lelaki dan wanita adalah prinsip utama dalam masyarakat Perancis'.

Menteri tersebut memberitahu radio Perancis bahawa, klausa yang mengharamkan pemakaian burqa juga perlu ditambah kepada peruntukan berkenaan.

"Saya juga mahu menambah bahawa pencabulan hak ke atas wanita adalah sama sekali dilarang," katanya.

Morano berhasrat mencadangkan perubahan itu pada satu persidangan yang diadakan kerajaan hari ini berhubung perdebatan selama tiga bulan berkaitan identiti Perancis yang telah menimbulkan kebimbangan tentang penghijrahan dan Islam…

Ulasan: Tiba-tiba sebuah negara sekular berminat untuk masuk campur dengan pakaian Islam. Teruskan berdakwah. Sesungguhnya Allah boleh memberikan hidayah kepada sesiapa yang di kehendakiNya…


No comments: