Friday, February 05, 2010

Jangan politikkan kes Anwar

Jangan politikkan kes Anwar - Rais

PUTRAJAYA 4 Feb. - Masyarakat diminta tidak mempolitikkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pertimbangan kehakiman dapat dilakukan dalam situasi tenang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, ketenangan pemikiran penting untuk menyelamatkan sistem perundangan negara daripada disentuh oleh mana-mana pihak yang mungkin boleh mempengaruhi hakim dan suasana. 
Beliau berkata, sebaik mungkin sistem perundangan di bawah penjenayahan Kanun Keseksaan harus dihormati.

"Sekiranya rogol, liwat dan pembunuhan atau yang membawa keaiban itu salah di sisi undang-undang, kita perlu bersabar menunggu sistem perundangan itu menyelesaikannya," katanya.

Menurut Rais, memang akan ada pihak yang tidak berpuas hati tentang apa-apa keputusan kehakiman tetapi ia dihasilkan melalui sistem perundangan dan kebolehan hakim yang telah terbukti kemampuan mereka. 

"Saya yang telah lama menuruti perundangan negara kita, penuh yakin semua kes yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah termaktub dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini…

Ulasan: Kenapa tersebut kenapa tidak di kendalikan oleh mahkamah syariah? Tak cukupkah keaiban di lakukan dulu oleh Dr Mahathir menggunakan seluruh jentera kerajaan? 

No comments: