"Jika kamu kembali, kami akan menunggu kamu," amaran kumpulan pejuang itu kepada Israel pada papan iklan berhampiran selatan perkampungan Aita Shaab.
Sempadan Aita Shaab adalah kawasan pejuang Hezbollah menculik dua tentera Israel dalam serangan berdarah rentas sempadan pada Julai 2006, mengakibatkan Israel melancarkan serangan balas selama sebulan tentera Yahudi yang memusnahkan kawasan kubu kuat kumpulan terbabit di selatan Lebanon dan pinggir bandar selatan Beirut.
Peperangan tersebut mengorbankan lebih 1,200 rakyat Lebanon, kebanyakannya orang awam dan 160 rakyat Israel yang kebanyakannya tentera.
"Sudah tentu kami takut. Setiap hari kami mendengar berita tentang kemungkinan berlakunya peperangan baru," kata Hayat, seorang penduduk di selatan perkampungan Qana yang telah menjadi sasaran serangan bedilan berdarah dalam peperangan 2006.
Menurutnya, dia khuatir peperangan baru akan menyaksikan sehingga ibu negara Beirut akan turut dibom. "Di mana kami boleh bersembunyi?" Soal Hayat.
Jirannya, Diba turut bersetuju sebarang konflik baru berisiko akan menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding peperangan 2006.
"Jika peperangan tercetus, Syria dan Iran akan turut menyertainya. Kali ini ia tidak akan terbatas kepada Hezbollah sahaja," kata Diba.
Pegawai-pegawai Israel berulangkali memberi amaran dalam beberapa minggu ini bahawa sebarang serangan oleh Hezbollah akan menerima tindak balas yang keras.
Sementara itu, Perdana Menteri Yahudi, Benjamin Netanyahu pada Selasa lalu menuduh Lebanon membenarkan Hezbollah untuk menambah simpanan stok senjatanya yang dianggarkan berjumlah 40,000 roket, satu peningkatan tinggi berbanding 14,000 roket pada 2006. – AFP
Ulasan: Kebenaran akan mengalahkan kebatilan. Lawan tetap lawan sehingga negara haram Israel luput dari Timur Tengah.
No comments:
Post a Comment