Sambutan menggalakkan
PUTRAJAYA 23 Feb. - Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 28 Februari hingga 9 Mac ini akan disertai 56 peserta dari 51 buah negara.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pertandingan tersebut akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Nusantara dan kategori Antarabangsa untuk memberi keadilan dalam pemilihan peserta terbaik.
Menurut kenyataan itu, kategori Nusantara terdiri daripada peserta negara yang mengamalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand yang masing-masing akan diwakili dua orang.
"Kategori Antarabangsa kali ini pula menyaksikan penyertaan yang memberangsangkan iaitu melibatkan 42 peserta mewakili 42 negara dari enam buah benua.
"Mereka terdiri daripada anak watan negara itu yang mengambil jurusan bahasa Melayu sebagai kursus elektif di pusat pengajian tinggi (IPT) masing-masing.
"Acara kemuncak iaitu pertandingan akhir akan di Dewan Plenary PICC pada malam 5 Mac yang akan disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak," menurut kenyataan tersebut…
Ulasan: Tapi pemimpin negara penganjur sendiri masih berbangga-bangga dengan bahasa penjajah.
Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Wednesday, February 24, 2010
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment