Thursday, February 11, 2010

Membendung kegiatan jenayah

KUCHING 10 Feb. – Setiap hari kita tidak terlepas daripada membaca berita mengenai pelbagai kejadian jenayah yang berlaku di seluruh negara.

Kes bunuh, samun, ragut, kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan dadah dan manusia, pelacuran, rogol serta pelbagai kes lagi sering dilaporkan di media cetak dan elektronik.

Tanggungjawab bagi mengatasi kejadian jenayah itu bukan sahaja terletak di bahu anggota polis, sebaliknya ia perlu membabitkan penglibatan semua pihak terutama masyarakat setempat.

Masyarakat memainkan peranan penting dalam membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Tanpa kerjasama orang ramai adalah sukar bagi polis untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian jenayah yang berlaku di sesuatu kawasan kejiranan seperti taman dan kampung untuk diselesaikan.

Menerusi kerjasama dengan penduduk setempat, bukan sahaja hubungan antara polis dan masyarakat dapat dieratkan, malah polis juga dapat mengurangkan peratusan kadar jenayah di sesuatu kawasan.

Ia secara tidak langsung membantu hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah yang merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu.

Menyedari pentingnya bagi polis untuk mencapai matlamat itu, usaha turun padang bagi mendekatkan anggota keselamatan itu dengan rakyat adalah penting seperti menerusi sesi dialog bersama penduduk setempat…

Ulasan: Eloklah polis balik kepada tugas asasi: Tinggalkanlah politik, agenda peribadi dan tumpukan perhatian sepenunya kepada membasmi jenayah dan rasuah. Duit rakyat digunakan untuk membayar gajimu kerana tugas yang asasi ini.

No comments: