Friday, February 12, 2010

PBB perlu kawal Internet? Kerajaan BN/UMNO?

PBB perlu kawal Internet

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan persidangan khas bagi mengawal kandungan yang terdapat dalam Internet.

Bekas Perdana Menteri berkata, persidangan itu perlu menetapkan kandungan yang boleh dimuatkan dalam Internet serta perkara-perkara yang boleh ditapis oleh negara-negara di seluruh dunia.

"Persidangan khas ini perlu diadakan kerana kandungan Internet kini banyak yang tidak bermoral seperti pornografi yang telah memusnahkan nilai-nilai moral baik di kalangan generasi muda," katanya.

Beliau menjawab soalan seorang pelajar Indonesia mengenai kebebasan Internet pada majlis dialog dan ceramah kepimpinan mengenai paradigma pemikiran yang tetap ke arah persepsi pembangunan nasional di Kedutaan Besar Indonesia di sini hari ini…

Ulasan: Kalau benar-benar ada lagi maruah, Kerajaan Pusat BN/UMNO boleh melakukannya dengan mengeluarkan arahan kepada syarikat penyedia perkhidmatan internet, ISP untuk menyaring dan menapis kandungan internet yang masuk ke negara kita. Tanyalah pakar-pakar IT. Tapi setakat ini, belum nampak kerajaan Pusat serius mengenai masalah akhlak.

No comments: