Tuesday, February 02, 2010

Saya bukan pengkhianat

KOTA BHARU 1 Feb. – “Saya tidak ‘gedebe’ mahu membuat keputusan sendiri, saya bukan penderhaka dan pengkhianat. Saya adalah anak Kelantan yang memperjuangkan Islam dan bangsa saya.”

Demikian reaksi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika membidas segelintir pemimpin pembangkang yang mencemuh beliau berhubung isu royalti minyak.

Mustapa berkata, semua kenyataan beliau berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan Pas adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang turut disertai oleh Petronas, Peguam Negara dan pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Ulasan: Kalau royalty dengan senang ditukar menjadi ihsan, sila batalkan Akta Kontrak dari muka bumi Malaysia. Apa gunanya membuat perjanjian yang diakui sah tetapi tidak boleh dilaksanakan.

No comments: