53 Tahun, Terlalu Banyak 'Blunder' dan ‘Fumble' oleh UMNO/BN
Kata bekas ketua pasukan England, Alan Shearer, tanpa Rooney, England tidak mampu menjuarai bolasepak Piala Dunia.
Anda setuju? Mungkin benar kata-katanya kerana berdasarkan pasukan England tidak mempunyai ramai penyerang berbisa. Mungkin tidak kerana walaupun Rooney berada dalam 'top-form' sekarang, mungkin boleh berharap kepada beberapa pemain lain yang kurang berbisa. Bagi saya bolasepak adalah satu permainan berpasukan.
Di Malaysia pernah satu ketika, kata-kata ber'hantu' seperti itu ada kedengaran, tanpa Mahathir, Malaysia akan lumpuh. Kononnya pembangkang tidak boleh mengambil alih tampuk pemerintahan, ini membuat rakyat ter'pukau' langsung sentiasa memberi kemenangan kepada UMNO/BN.
Kata-kata serta ungkapan-ungkapan seperti, 'hanya UMNO/BN dapat membangunkan negara ini' terus menjadi stigma kepada masyarakat untuk sekian lama, sehinggalah di PRU12 yang lalu satu tsunami politik melanda Malaysia sehingga Barisan Nasional untuk pertama kalinya semenjak Merdeka hilang 2/3 majoriti dan 5 negeri tumbang kepada pembangkang. (Walaupun Perak di rampas siang hari oleh BN dengan restu Mahkamah Persekutuan - mb).
Seperti bolasepak, politik juga merupakan satu 'permainan' berpasukan. Sebab itu berdasarkan demografi kependudukan di Malaysia, PAS, PKR dan DAP tidak mampu untuk bermain secara 'one-man show'. Pakatan Rakyat di daftarkan secara resmi dengan bertujuan untuk pergi lebih jauh agar 'stigma' yang melekat di'hati' rakyat bahawa 'hanya UMNO/BN sahaja dapat memerintah negara' dapat dikikiskan.
Tidak dapat dinafikan, seperti bolasepak yang memerlukan seorang 'playmaker' dan 'striker' yang hebat, Pakatan Rakyat juga memerlukan seorang 'playmaker' yang hebat serta seorang 'striker' yang hebat.
Justeru itu DS Anwar yang merupakan 'playmaker' untuk Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama merupakan duri dalam daging bagi UMNO/BN perlu di'kelabu'kan agar Pakatan Rakyat menjadi lemah menjelang PRU13.
'With or without' DS Anwar, UMNO/BN jangan bermimpi Pakatan Rakyat akan menarik diri dalam 'permaianan' dan 'perlawanan' ini, InsyaAllah akan muncul beberapa 'pemain' yang mampu menggegarkan UMNO/BN kerana 'penonton' di Malaysia sudah mula berpaling arah dan akan tetap setia memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat kerana UMNO/BN selama 53 tahun sudah terlalu banyak melakukan 'blunder dan fumble'.
Terlalu banyak kemungkaran politik dilakukan oleh UMNO/BN selama itu.
http://al-brangi.blogspot.com/2010/02/53-tahun-terlalu-banyak-blunder-dan.html#comment-form
Ulasan: Terlalu lama BN/UMNO memerintah negara ini menyebabkan rasuah dan penyelewengan membelit negara. Ketidaktelusan menyebabkan pemimpin politik negara pelbagai peringkat sudah lama buat kekayaan peribadi melalui cara yang tidak sah. Demi negara yang telus dan bebas dari rasuah mari kita tinggalkan BN/UMNO .
No comments:
Post a Comment