Tuesday, February 23, 2010

Bekas ketua tentera Turki disyaki mahu rampas kuasa

ISTANBUL 22 Feb. - Polis Turki hari ini menahan bekas ketua tentera udara dan tentera laut di bawah siasatan berhubung dakwaan komplot untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan menggantikannya dengan pentadbiran ketenteraan.

Tangkapan itu adalah antara yang terbesar dilakukan oleh negara calon anggota Kesatuan Eropah (EU) itu terhadap kuasa sekular tentera, berikutan beberapa laporan berhubung dakwaan komplot pada tahun lepas yang telah mencetuskan ketegangan hubungan antara Parti AK yang memerintah dengan pihak tentera.

Menurut stesen NTV, bekas Komander Tentera Udara, Ibrahim Firtina iaitu bekas Komander Tentera Laut, Ozden Ornek dan beberapa pegawai atasan tentera yang telah bersara ditahan di bandar raya Istanbul, Ankara dan Izmir selepas didakwa terlibat dalam plot 'Sledgehammer'.

Stesen televisyen CNN Turk menyatakan, tujuh pegawai yang masih berkhidmat dan tujuh pegawai bersara telah ditahan manakala ketua pasukan tentera, Jeneral Ilker Basbug pula terpaksa membatalkan perjalanannya ke Mesir ekoran kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang komen rasmi berhubung laporan itu…

Ulasan: Mengapakah wujud pakatan yang belot kepada rakyat yang telah nyata memilih kerajaan yang sah untuk kali ini? Lebih baik hormat kepada pilihan rakyat.



No comments: